pragem.blogspot.com

;

DUNIA KANAK-KANAK RIANG RIA

jiwa bersih.... riang ria ceria....

Tuesday, March 23, 2010

PROGRAM E-BACA

Program dijalankan sepanjang tahun mengikut perkembangan murid. E-Baca (eja dan baca) merupakan program yang dijalankan untuk mengasah keupayaan murid menguasai teknik pembacaan di peringkat awal pengenalan membaca hingga penguasaan membaca di alam prasekolah. Rujukan utama projek ini adalah dari sumber ASBALIS BESTARI yang digunapakai di kebanyakkan sekolah rendah dan dipermudahkan mengikut proses pencapaian murid prasekolah. Projek telah berjalan dari tahun 2008 hingga kini. buku terbahagi kepada 3 slot- E-BACA 1, E-BACA 2, dan E-BACA 3.






Video menunjukkan proses E-Baca dijalankan. Pn. Asni (PPM) turut serta membantu guru semasa sesi pengajaran. Muhammad Firdaus b. Jaafar (murid di dalam gambar) merupakan murid berusia 6 tahun yang telah memasuki slot ke 3 (E-BACA 3).

Wednesday, March 17, 2010

KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

Artikel dipetik dari sumber:
http://www.infosihat.gov.my

Apakah jenis jenis gaya keibubapaan?


Ibu bapa lazim menggunakan beberapa gaya seperti yang dinyatakan di bawah:

Gaya Keibubapaan Ciri-ciri

Berwibawa (Authoritative)
•Ibubapa tegas dan boleh mengawal keadaan
•Sedia mendengar pandangan anak
•Boleh bertolak ansur jika perlu
•Anak-anak membesar dalam suasana penuh kemesraan
•Kanak-kanak dijangka untuk berkelakuan intelektual seiring umur dan sosial mereka.

Mengabaikan atau cuai (Neglecting)
•Ibubapa tidak ambil peduli di mana anak mereka berada, apa aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya, tidak tahu hal ehwal pelajarannya serta suasana persekitaran sosial anak mereka.
•Ibubapa terlalu buntu atau sibuk dengan kehidupan dan tugas mereka.

Memanjakan (Indulgent)
•Ibubapa hanya menurut keperluan dan tuntutan anak.
•Kurang menetapkan batasan terhadap anak.

Kuku besi (Authoritarian)
•Ibu bapa yang terlalu mengawal ketat dan tidak boleh bertolak ansur dengan anak-anak
•Menetapkan harapan tinggi dan tidak munasabah terhadap anak-anak
•Gagal menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala.


Apakah gaya keibubapaan yang lebih sesuai ?

1.Gaya keibubapaan berwibawa kerap dirujuk sebagai Keibubapaan yang positif. Ia adalah gaya keibubapaan yang paling berkesan. Ibubapa yang berwibawa adalah ibubapa yang:
◦Peka dengan perlakuan anak dan memberi galakan, rangsangan serta bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar.
◦Berinteraksi secara positif, disamping menyemai emosi yang bersesuaian serta bertanggungjawab.
◦Dapat membantu anak-anak mengawal diri dengan menetapkan batasan dan peraturan rumah.
2.Gaya keibubapaan yang lain adalah kurang berkesan.

Apakah kebaikan dari gaya keibubapaan yang positif?

■Mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak
■Meningkatkan rasa harga diri anak
■Mengalakkan disiplin diri anak
■Mengajar anak berfikir untuk diri sendiri
■Menyediakan peluang untuk ibubapa membimbing anak
■Membantu anak mempunyai kawalan diri.
Apakah keburukan gaya keibubapaan yang negatif?

■Merendahkan rasa harga diri anak
■Anak gagal mempunyai sikap asertif
■Anak menjadi tidak bertanggungjawab dan kurang matang
■Perhubungan antara ibubapa dan anak menjadi kurang mesra
■Anak yang kerap memprotes secara melampau
Cadangan ke arah menjadi ibu bapa yang positif.

Cadangan
Maklumat
Contoh bagaimana melakukannya

1. Luangkan masa berkualiti bersama anak
Memperbaiki perhubungan sihat antara ibu bapa dan anak.
Menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk mengenali, memahami dan membimbing anak
- Minta izin anak untuk turut serta (contoh: "Boleh ibu / ayah bermain dengan awak?")
- Tunjukkan yang anda berminat dengan aktiviti anak anda (contoh: "Tengah buat apa tu? ; Boleh tunjuk abah macamana nak main ni?)
- Raikan kejayaan apabila anak telah mencapai sesuatu (contoh: "Wow, awak dapat jawapan yang tepat. Hebatnya!")

2. Kerap menggunakan ungkapan pujian

Penggunaan pujian amat penting. Pujian membuat kanak-kanak memahami apakah tingkalaku yang baik, merasai ibu-bapa menyayanginya dan dapat meningkatkan rasa harga dirinya.
Kata-kata negatif tidak membantu malahan boleh merosakkan rasa harga diri anak.
Anak tidak dapat belajar cara memperbaiki dirinya bila disindir atau dimaki. Malah perasaan takut dan marah akan bersarang dalam dirinya. Contoh: takut melakukan kesilapan, takut ibu-bapa akan memarahi atau memukulnya jika ia tidak melakukan sesuatu dengan baik. Akhirnya anak akan terus takut untuk mencuba.
- Panggil anak dengan namanya atau panggilan yang mesra.
- Pastikan anda menjelaskan kepadanya apa kebaikan yang telah dilakukannya.
- Nyatakan perasaan anda ("ibu gembira dengan apa yang awak lakukan; "syabas! Ayah amat bangga")
- Beri perhatian tambahan terhadap perlakuan positifnya melalui sentuhan, dakapan, ciuman atau tepukan.
- Luahkan pujian serta merta dan secara konsisten setiap kali mereka berkelakuan baik.

3. Tetapkan peraturan dan undang-undang di rumah
Setiap keluarga mesti mempunyai peraturan di rumah yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli keluarga.
Anak perlu tahu apa yang seharusnya mereka patuh. Adalah penting setiap ibubapa menyatakan dengan jelas kepada anak akan peraturan-peraturan tersebut. Kerap berlaku di mana ibubapa memarahi anak apabila berlaku sesuatu masalah tanpa memperjelaskan perlakuan yang diingini mereka.

Apabila anak berkelakuan yang tidak wajar:
- Terangkan apakah tingkahlaku yang tidak baik (Contoh: memukul kawan yang mengambil alat permainannya)
- Jelaskan mengapa tingkahlaku itu tidak wajar
- Tunjukkan padanya perlakuan pilihan yang lebih sesuai.
- Terangkan kepadanya apakah kesan positf dari tingkahlaku yang sesuai.
Contohnya: "Menjerit, meraung dan memekik adalah tidak sopan dan bising. Jika kamu perlahankan suara kamu dan beritahu saya apa yang kamu mahu dengan sopan barulah saya akan dengar permintaan kamu itu."
Bawa bertenang. Bercakaplah dengan gaya yang tenang dan sopan. Anak anda akan meniru perbuatan anda.
Jangan marah anak anda semasa anda merasa amat marah kerana pada masa itu anda tidak dapat berfikir dengan baik. Akibatnya anda gagal menjadi contoh yang baik untuk anak anda belajar mengawal perasaan marahnya nanti.

4. Jangan peduli / jangan ambil endah
Ada ketikanya ibubapa akan menegur tingkahlaku anak tetapi anak tetap berbuat sebaliknya dari apa yang dikehendaki ibubapa.
Pada ketika ini amat penting untuk ibubapa memahami bahawa anak mahukan perhatian dengan perbuatan tersebut. Oleh itu ibubapa tidak patut mengendahkan perbuatan anak itu. Langkah ini dipanggil "ignoring" atau "tak ambil endah"

Langkah yang patut dilakukan adalah:

- Jangan pandang ke arahnya
- Jangan bercakap dengannya
- Asingkan diri darinya seperti keluar dari bilik
Ibubapa perlu faham bahawa anak kadangkala mahu menguji kesabaran ibubapa. Oleh itu jangan endahkan ia pada masa itu sehingga ia berkelakuan seperti yang diingini.
Apabila ini berlaku, beri perhatian kepadanya dan bertanya apa yang dikehendakinya. Amat penting untuk anak faham bahawa hanya kelakuan yan baik sahaja yang akan mendapat perhatian ibubapa.

5. Anak membuat keputusan
Amat penting membimbing anak berfikir untuk diri sendiri dan ibubapa perlu menolong anak melalui proses atau langkah-langkah membuat keputusan. Elakkan terus membuat keputusan untuk anak.
- Pastikan apakah masalahnya.
- Bantu anak berfikir cara-cara menyelesaikan masalah
- Tentukan langkah yang boleh diambil. "Lakonkan" cara penyelesaian itu
- Tanya anak jika itu cara yang boleh dilakukan
- Cuba penyelesaian itu.
- Bincang bersama jika cara itu berkesan. Jika cara itu tidak berkesan, ulang balik proses membuat keputusan

6. Kemahiran tambahan
Keibubapaan adalah satu cara hidup. Pelbagai situasi boleh timbul dari masa kesemasa yang menuntut kemahiran tambahan
- Beri anak anda pilihan untuk menggalakkan ia membuat keputusan seperti "Awak hendak makan atau...."
- Beri peringatan awal kepada anak sebelum waktunya seperti "30 minit lagi masuk waktu tidur"
- Jika anda mahu anak anda menurut kehendak anda, beri arahan yang anda hendak ia lakukan dengan kata kerja seperti "Tolong simpan mainan kamu", "Jalan perlahan-lahan", "Cakap baik-baik"
- Gunakan langkah 'Apabila..... kemudian" untuk menjelaskan kepada anak anda kesan tingkahlakunya seperti "Apabila kamu siap membasuh pinggan, kamu boleh bermain dengan kawan-kawan"
- Biarlah tuntutan atau harapan anda bersesuaian dengan apa yang anak anda boleh lakukan.

Mengekalkan Tumpuan Si Manja Ketika Belajar

Artikel di petik dari sumber:
http://www.dutchlady.com.my



Ibu bapa hari ini sedar bahawa pendidikan dan pembelajaran penting dalam pembesaran anak mereka. Pakar psikologi menekankan bahawa seawal umur 6 tahun kanak-kanak sudah berpontensi untuk menyerap dan memproses ilmu. Sebab itulah ramai ibu bapa hari ini meluangkan masa bersama anak mereka dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti membaca, menulis, menyanyi dan melukis.

Ramai ibu bapa mengeluh betapa susah untuk mengekalkan tumpuan anak mereka ketika belajar. Seorang ibu menceritakan kepada saya bahawa anaknya yang berumur 5 tahun akan hilang tumpuan hanya selepas 10 minit membaca atau menulis. Seorang ibu pula memberitahu saya, anak perempuannya yang berumur 4 tahun tidak akan duduk diam bila mendengar cerita yang dibaca walau selama 5 minit, tapi begitu asyik menonton kartun di tv selama berjam-jam.

Ingin saya nyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur 2-6 tahun secara semula jadinya mempunyai tempoh tumpuan yang terhad. Kebanyakan mereka, secara semula jadinya cergas dan aktif, dan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik. Tahap tenaga yang tinggi ini memang baik kerana mereka akan belajar sesuatu, tetapi cepat bosan bila aktiviti pembelajaran tidak menarik.

Berikut terdapat tip bagaimana mengekalkan tumpuan si manja ketika belajar:


Kesesuaian Masa
Pertama, pilihlah masa yang sesuai di mana si manja begitu cergas dan bersedia untuk menyerap ilmu. Kebanyakan si manja amat cergas dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, dan selepas 5.00 petang dan malam. Untuk pengetahuan ibu bapa, setiap kanak-kanak berlainan keunikan ritmanya, jadi mereka perlu tahu bilakah anak mereka paling cergas dan aktif.

The key principle here is not to try to teach your child something new and challenging when they are tired and drowsy.


Singkat tapi bermanfaat
Kedua, jadikan aktiviti pembelajaran singkat tapi bermanfaat. Bagi kanak-kanak 5 tahun ke bawah, jangan melebihi 30 minit setiap sesi dan bagi kanak-kanak 5-6 tahun, jangan melebihi 40 minit.
Kunci utama di sini ialah, ibu bapa jangan cuba untuk mengajar perkara baru dan yang mencabar ketika mereka letih dan malas.

Ibu bapa juga perlu tahu tempoh sesi pembelajaran bila menyentuh subjek yang susah. Contoh, apabila si manja diperkenalkan dengan penulisan, atau mengenal huruf buat pertama kali, kita perlu tahu bahawa ia melibatkan minda untuk menyerap maklumat baru. Maka, sesi yang pendek dan bermanfaat adalah lebih berkesan berbanding sesi yang panjang yang akhirnya akan membuatkan mereka letih.

Sesetengah ibu bapa menyetakan bahawa kanak-kanak perlu dilatih dengan waktu yang panjang untuk mempersiapkan diri dengan sesi pembelajaran di sekolah yang memakan masa 4-5 jam. Namun kita perlu ingat bahawa sesi pembelajaran di sekolah juga dibahagikan kepada tempoh 40 minit; di mana kanak-kanak tidak belajar perkara yang sama melebihi 40 mint.

Walaupun begitu, saya bersetuju kita boleh dan perlu melatih mereka untuk memanjangkan tempoh pembelajaran ini secara berperingkat-peringkat. Kita boleh mula dengan sesi pembelajaran yang pendek (kurang dari 20 minit) untuk si manja 2-3 tahun dan perlahan-lahan memanjangkannya bila umur meningkat.


Menarik minat
Ketiga, pastikan apa yang diajar bersifat interaktif. Kunci untuk menarik tumpuan si manja ialah dengan menawan hati mereka dengan perkara-perkara yang mereka minat melakukannya. Jadikan mereka pelajar yang aktif bukannya pasif.

Si manja perlu belajar dengan perbuatan (pembelajaran aktif), bukan sekadar mendengar (pembelajaran pasif). Pelajaran yang bagus melibatkan mereka bercakap, mendengar, melukis, membuat sesuatu dan banyak pergerakan.

Kebanyakan kedai buku mempunyai banyak aktiviti pembelajaran yang baik untuk digunakan oleh ibu bapa di rumah. Buku-buku ini dibahagikan kepada sesi individu dan setiap sesi mempunyai banyak aktiviti pembelajaran dari menulis sehinggalah mewarna, membaca cerita malah berlakon.

Bila pembelajaran melibatkan suatu aktiviti yang menyeronokkan, ibu bapa tidak perlu bimbang lagi tentang tumpuan. Ia akan lahir dengan sendirinya pada diri si manja.


Menghadkan Televisyen
Ramai ahli psikilogi kanak-kanak tidak menggalakkan ibu bapa membenarkan kanak-kanak di bawah 3 tahun menonton tv. Pendebatan ini masih belum selesai. Sebahagian ilmuan berpendapat bahawa televisyen membantu mendedahkan kanak-kanak dengan pelbagai ilmu dan bahasa dalam masa yang singkat, dan sebahagian ilmuan pula berpendapat bahawa ia akan menjadikan minda kanak-kanak pasif.

Saya berpendapat bahawa ibu bapa perlu menghadkan masa tontonan bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun, supaya jangan melebihi 90 minit sehari. Ini kerana ada ketikanya televisyen mampu memberi pembelajaran pasif yang berguna di mana guru-guru tidak dapat melakukannya.

Monday, March 15, 2010

MALAYSIAN FOOD PYRAMID


PERSEKITARAN BARU DI PRAGEM



12 Mac 2010
PRASEKOLAH GEMILANG baru sahaja menukar susun atur perabot dan mewujudkan satu sudut akses pelbagai guna (tempat makan, membaca dan bermain permainan - indoor game).. terbukti anak-anak di sini boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan menggunakan sudut ini dengan baik.
-gambar diambil semasa anak-anak ini selesai tugasan yang diberi.

JANGAN DI UCAP SELAMAT TINGGAL...


EN. MUHAMMAD NASRON BIN ABDULLAH
Berkhidmat dari tahun 2006 hingga awal Mac.. di SKSL..
Moga seronok do tempat baru...
dan tahniah dah dapat seorang baby....

2009 DALAM KENANGAN


























Tahun 2009 sudah berlalu...





smua ni gambar kenangan prasekolah..